Archive

Archive for July, 2011

Wabak sepanjang jalan

July 12, 2011 Leave a comment

perjalanan kita masih panjang.. berwaspadalah terhadap duri2 yang menghalang

Penyakit Futur

Futur mengandungi dua makna iaitu :

a.    Putus setelah bersambung, atau tenang setelah bergerak.
b.    Malas, lambat, perlahan, setelah rajin dan bersungguh.

Menurut istilah : Futur ialah suatu penyakit yang dapat menimpa sebahagian aktivis, bahkan menimpa mereka secara praktikal (perbuatan). Tingkatannya yang paling rendah berupa kemalasan, menunda-nunda atau berlambat-lambat. Kemuncaknya ialah terputus atau berhenti sama sekali sebelumnya rajin dan terus bergerak.

Allah SWT berfirman mengenai malaikat “Dan (ingatlah) Segala Yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat Yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih. Mereka beribadat malam dan siang, Dengan tidak berhenti-henti.” – (Al-Anbiya’ : 19-20) Read more…

Advertisements
Categories: Fikrah

Apa cita-cita kamu?

July 5, 2011 1 comment

Pagi itu seperti biasa, Ustaz Idris masuk ke kelas 4 Imam Nasa’ie bagi mengajarkan madah Aqidah. Beliau memberi salam lantas mengambil tempat duduknya..

Semua pelajar berdiri tegak memberi hormat dan menjawab salam penuh semangat. Pagi yang segar itu kelihatan lebih bertenaga dengan kehadiran Murabbi yang disegani mereka itu. Ustaz yang dinobatkan sebagai ‘guru mithali’ selama 3 tahun berturut-turut itu sentiasa mengajukan soalan – soalan yang menyentak fikiran pelajarnya untuk sentiasa berfikir diluar kotak.. hal ini menjadikan suasana kelas – kelas yang diajarnya sentiasa hangat dengan pandangan dan hujah. Read more…

Categories: Tazkirah
%d bloggers like this: