Home > Tazkirah > Apa cita-cita kamu?

Apa cita-cita kamu?

Pagi itu seperti biasa, Ustaz Idris masuk ke kelas 4 Imam Nasa’ie bagi mengajarkan madah Aqidah. Beliau memberi salam lantas mengambil tempat duduknya..

Semua pelajar berdiri tegak memberi hormat dan menjawab salam penuh semangat. Pagi yang segar itu kelihatan lebih bertenaga dengan kehadiran Murabbi yang disegani mereka itu. Ustaz yang dinobatkan sebagai ‘guru mithali’ selama 3 tahun berturut-turut itu sentiasa mengajukan soalan – soalan yang menyentak fikiran pelajarnya untuk sentiasa berfikir diluar kotak.. hal ini menjadikan suasana kelas – kelas yang diajarnya sentiasa hangat dengan pandangan dan hujah.

Semua pelajar duduk, suasana kelas sunyi, masing-masing menunggu penuh debar sabar apa soalan yang bakal keluar daripada mulut ustaz mereka itu..

Ustaz Idris memandang wajah pelajar-pelajarnya satu persatu. Dia sedar, dia sedang memikul amanah yang sangat berat. Di hadapan mereka ini adalah bakal pejuang ummah yang perlu diasuh dan dibimbing fikiran mereka dengan baik.

beliau menarik nafas dalam-dalam, bersedia untuk memulakan sesi pada pagi tersebut. nama seorang pelajar dipanggilnya..

” Atirah”

“ya, Ustaz” jawab pelajar perempuan itu penuh adab sambil berdiri.

“apa cita-cita kamu?”

“err..” Atirah berfikir sebelum menjawab soalan ustaznya itu,
“erm..cita-cita. apa yang ustaz nak sebenarnya ni..” dia bermonolog.

“Atirah”

“err.. cita-cita ana Ahli Farmasi, ustaz”

Ustaz Idris tersenyum.. “duduk”  dia mengarah.

Pelajar-pelajar dalam kelas itu mula berbisik-bisik. Mereka faham benar perangai ustaznya itu, bukan seringkas itu jawapan yang hendak didengar bagi soalan tersebut. Ustaz sedang menguji fikiran mereka..

Tiba-tiba, hari ini ustaznya bertanya mengenai cita-cita. bukannya kali pertama mereka mendengar soalan ini. dari tadika lagi soalan-soalan seperti “kamu nak jadi apa bila besar nanti?”, “apa cita-cita kamu?” pernah diajukan, baik dari guru-guru mereka,  ibu bapa, mahupun rakan-rakan mereka sendiri..

seorang demi seorang ditanya oleh ustaz.. soalannya satu, tapi jawapannya berbagai..

“ana nak jadi Peguam”

“Ahli Politik”

“Penganalisis Ekonomi”

“Pakar psikologi kanak-kanak”

“Ana nak jadi Muallim kat sekolah ni nanti”

“Doktor”

Nampaknya Ustaz Idris masih belum berpuas hati dengan jawapan  yang diberikan.. dia terus bertanya kepada pelajar yang seterusnya.. jawapan yang diberikan masih juga dalam konteks yang sama sehinggalah..

” ‘Akif, anta bagaimana? apa cita-cita anta?”

” Ana nak jadi Da’ie, ustaz”

Ustaz Idrus diam beberapa saat dan tersenyum, semua pelajar memberi perhatian kepada mereka berdua..

“erm, macam mana tu?” Ustaz meneruskan pertanyaannya.

“Ana ingin menjadi Da’ie, dengan menjadikan profesi sebagai wasilah dakwah ana”

Ustaz tersenyum lagi, kali ini dengan wajah berpuas hati.. beliau perlahan-lahan berdiri. pelajar-pelajar lain kelihatannya tersentak dan tersedar sesuatu, seolah-olah sudah nampak mesej yang ingin disampaikan Ustaz Idris kepada mereka..

beliau meneruskan kata-katanya,

” kalau jawapan antum sekadar nak jadi doktor, peguam, ahli farmasi.. maka apa bezanya jawapan kamu dengan jawapan yang diberikan oleh orang hindu, budha? ”

“kalau profesi menjadi cita-cita antum, sekadar nak dapatkan gaji besar? rumah besar? hidup senang? maka apa beza matlamat antum dengan matlamat mereka yang bukan Islam?

semua pelajar terdiam…panas telinga mendengar soalan ustaz mereka ini.. terasa kelat untuk ditelan..

“Ingat, profesi tak sepatutnya dijadikan cita-cita… ia tidak lebih sekadar menjadi wasilah untuk mencapai matlamat kita yang jauh lebih besar…”

penjelasan dan soalan yang ringkas itu membuatkan ahli 4 Nasa’ie termenung dan berfikir sedalam-dalamnya… jawapan-jawapan mereka sebelum ini menunjukkan betapa mereka terlupa bahawa profesi itu bukanlah segala-galanya…  ada sesuatu yang perlu dijadikan prioriti mereka sebagai seorang MUSLIM..

” ok, jom kita mulakan pelajaran kita hari ini..^^”

Kita adalah da’i sebelum apa pun profesi kita
Kita adalah da’i sebelum segala sesuatu

Nahnu Du’ah Qabla Syai’

Advertisements
Categories: Tazkirah
  1. November 29, 2011 at 3:34 pm

    pemikiran pelajar al-amin majoriti masih perlukan penerangan ttg fikrah dakwah.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: