Home > pengalaman > Selamat Berjuang!

Selamat Berjuang!

Bismillah,

Entri kali ini khas aku tujukan buat abangku yang bakal berangkat ke bumi penuh barakah, Gaza, Palestin pada 20 Ramadhan nanti dan juga bersempena hari kelahirannya pada hari ini.

~**.**~

kadang-kadang bila difikirkan balik, aku tersenyum seorang diri… terdetik dalam hati

akhirnya… dapat juga kau jejakkan bumi impian kau tu..”

#Imbas 1

kalau tak silap, abangku mula berjinak-jinak mengumpul dan mengambil tahu mengenai isu Palestin dan bumi2 Islam yang mengalami penderitaan sejak beliau mula masuk ke SMAP Labu.. (tingkatan satu hingga tiga)..

suatu ketika tu dia balik bercuti, dia tunjukkan kepada aku ‘buku log’ kepunyaannya… dalam buku tu penuh ditampalnya keratan2 akhbar dan majalah mengenai suasana2 peperangan bumi2 umat Islam terutamanya bumi Palestin…

” ha, ni tengok gambar ni, angah tahu tak nama pejuang ni apa?”

“tak”

“nama dia Abu Mus’ab!” dia jawab penuh bangga…

“ceh!”

sejak pada hari tu, aku turut mula berjinak-jinak membaca berkenaan isu-isu Palestin dan umat Islam..aku pun intai2 jugak ‘kot-kot’ la ade antara pejuang tu namanya Munzir ke/ Abu Munzir ke..=) (memang sedikit sebanyak hidup aku dipengaruhi abang aku pun sebenarnya…hehe)

#Imbas 2

masa tu abangku tingkatan 4 dan aku tingkatan 2.  program Pintar (Perhimpunan Remaja Soleh Solehah Terengganu) anjuran KRJ (sekarang IkramTeens).. aku dan abangku antara peserta untuk program tersebut.. dalam program tu ada satu slot yang aku tunggu-tunggu, slot ceramah Palestin.. ye la, update terkini dan maklumat-maklumat dapat secara jelas dan sahih..

bila sahaja tiba time ceramah tu, tengok2, la, abang aku penyampai!

aik, bile mase pulak die prepair..? bukan abang fasi ke yang patutnya bagi penyampaian..?” 

ape-ape pun, aku kagum dengan gaya penyampaiannya… bila orang muda sendiri yang membangkitkan hamasah, jiwa ini lebih bergetar dan bersemangat!! Allahuakbar!

sejak hari itu, dia mula aktif menyampaikan ceramah berkenaan isu Palestin.. bermula dari tempat program, kemudian peringkat sekolah, kemudian masuk ke sekolah-sekolah lain dan masyarakat umum… sehingga dia menggelarkan dirinya Muspalestina.. (habis semua benda dia nak cop muspalestina.. buku, bajunya, baju aku!..nama blog dsb … kereta kancilnya pun digelar kancilpalestina..huhu)

aku pun turut berjinak-jinak menyampaikan ceramah dan menaikkan semangat terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar sekolahku berkenaan Isu Palestin ini.. (kan aku dah kata, abangku banyak mempengaruhi hidup aku..hehe)

#Imbas 3

mase ni aku tingkatan 5.. dia tingkatan 6 atas.. Abangku bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, sekolah Satu Malaysia (Melayu, Cina, India).. pada waktu ini, abangku memegang jawatan Ketua Pelajar..

suatu hari dia call

” Assalamualaikum, Angah!”

” waalaikumussalam..”

” Angah, suruh kumpulan nasyid Angah sedia, nak jemput nasyid untuk program Palestin ni”

” er.. ok ”

apa yang mengagumkan aku pada abang aku ialah, dia mampu terapkan semangat Palestin dalam diri rakan-rakannya dari kalangan Cina dan India.. aku yang pergi ke sekolah tu agak kagum + terharu tengok suasana tu..

" pergh, semangat gile abang cina ni" dalam hati..

semangat!semangat!

- "bang ab, nak nasyid lagu ape ni?" - "semua lagu Palestin yang awak hafal"

#Imbas 4

Tahun lepas.. kami ada program di Dungun, semasa duduk rehat-rehat selepas maghrib, dia menghilang… pergi ke sekolah lama katanya (Sekolah Menengah Teknik Dungun). Lepas Isya’ dia muncul semula di tempat program..

” bang ab, buat ape ke sekolah teknik tadi?”

“ceramah Palestin”

“(- -“) loh.. sempat lagi..”

“kebetulan ada program easy-addmath, bukan senang nak kumpul pelajar dari pelbagai sekolah camtu, tengok lepas maghrib free, bang ab mintak izin la nak sampaikan tazkirah” katanya…

sempat lagi dia menyelit dalam masa yang singkat untuk menyampaikan kefahaman kepada Pelajar2 tersebut berkenaan isu ini..

boleh dikatakan, ke mana sahaja dia pergi, dia mahu semua orang disekelilingnya faham dan cakna mengenai Isu Palestin..

~**.**~

aku sendiri sebenarnya tak sangka, begitu tinggi kesedarannya berkenaan Isu ini sehinggakan dia menggunakan apa sahaja cara dan peluang yang ada untuk mengetengahkan isu ini kepada orang ramai… dan beliau terlibat secara langsung sebagai aktivis dengan sebuah badan NGO yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin – Aqsa Syarif

dan aku, aku cuba sedaya upaya menjadi penolong terbaik atas segala usaha-usaha abangku…

kalau nak diceritakan imbasan2 kenangan dia dan Palestin, ianya terlalu banyak untuk disebut… tapi aku rasa cukuplah cebisan kenangan yang ceritakan ini HANYA untuk menyatakan bahawa isu Palestin tidak sepatutnya bermusim… selagimana tanah suci itu dicabul, selagimana pejuang pejuang disana mempertahankan bumi Palestin dengan nyawa mereka, tidak ada sebab untuk kita berdiam diri!

Demonstrasi bersempena 'Lifeline 4 Gaza'

ibu kepada pejuang ini!

program bersama Aktivis Mavi Marmara

walid dan Ummi

artikel abangku yang diselit di dalam akhbar

di Jakarta utk Asia-Pacific Community Conference for PALESTINE

bersama ust Hasanuddin - Aktivis Konvoi LL4G Mavi Marmara

bersama Presiden Pas yang turut menyertai Asia-Pacific Community Conference for PALESTINE

Alhamdulillah, kami dikurniakan sebuah keluarga yang amat prihatin terhadap isu ini. masing2 menyimpan niat untuk turut menjejakkan kaki ke bumi jihad tersebut. barangan-barangan di rumah disaring.. ummiku selalu bawa sekeping kertas senarai barangan boikot untuk dijadikan ‘rujukan’.. kalau terbeli je, mesti ada ‘polis2’ di rumah yang menegur.. McDonald? tak pernah terlintas nak pergi walaupun hanya beberapa minit sahaja jarak dari rumah…

Alhamdulillah, masih konsisten dengan amalan ini.. dan ‘tak mati pun’..

pernah adik bongsuku menangis2 merengek merajuk, lalu aku mendukungnya bawa ke kedai runcit (nak pujuk)..  aku mencari2 apa yang nak dibeli nak suruh adikku sorang ni diam..

si manja

sampai la di rak bahagian biskut2…

“ha, Jannati nak yang ni?” aku bertanya

“tak boleh” sambil2 nangis dia menjawab

“aik, sebab ape pulak?” aku pelik

“acik kate tak boleh, boikot!” dia membalas

“erk..” terkejut aku dengar jawapan tu.. tengah2 nangis boleh lagi dia ingat…

aku belek2 biskut yang aku pegang..chipsmore rupanya, kat situ ade logo ‘kraft’..malu aku..

~**.**~

ALHAMDULILLAH, baru-baru ni Abangku terpilih sebagai wakil Mahasiswa untuk menyertai Misi Kemanusiaan ke GAZA!

siapa tak gembira bila abang sendiri diberi peluang untuk ke bumi barakah tersebut? aku yang tinggal berjiran dengan Negara Palestin pun tak mampu menjejakkan kaki ke sana… hati membuak-buak..

Konvoi tersebut merupakan satu inisiatif Aqsa Syarif, sebuah pertubuhan NGO yang sentiasa lantang dan istiqamah dalam perjuangan membela saudara-saudara kita di Palestin. Konvoi Aqsa To Gaza2 akan bermula pada 20 Ramadhan dan berakhir pada 28 Ramadhan ini.

Buat Abang kesayanganku,

Aku doakan segalanya dipermudahkan,

Segalanya yang terbaik,

Aku doakan misi ini mencapai matlamat,

dan selamat pulang,

bawa pulang hamasah pemuda Palestin untuk dihadiahkan kepada Pemuda2 di Malaysia!

bawa pulang tangisan anak2 untuk dihadiahkan kepada mereka yang belum sedar peranan Mereka!

pesan kepada Pemuda di sana, bahawa Syabab2 Malizi bakal menyusul selepas kamu!

Salam sayang daripada adikmu,

Sanah Helwah, hadiah yang cukup bermakna buatmu tahun ini,

Selamat beri’tikaf 10 Malam terakhir di sana,

Angah,
2.30 pagi|Kaherah

*Aku tunggu kamu di airport.

selamat berjuang!

Categories: pengalaman
  1. August 18, 2011 at 3:44 am

    Tahniah munzir, ini peluang yang Allah bagi pada kalian sekeluarga

    • August 18, 2011 at 5:16 pm

      Alhamdulillah ‘ala kulli ni’mah…

  2. August 18, 2011 at 9:58 am

    Walid membaca dengan linangan airmata. syabas Angoh ! Tulisan yg bagus !

    • August 18, 2011 at 5:17 pm

      Allahuakbar, Syukran atas didikan Walid Ummi…=’)

  3. FadhlinSakina
    August 18, 2011 at 12:12 pm

    Subhanallah.Hebatnya tarbiyah kalian…

    • August 18, 2011 at 5:22 pm

      Hadza min fadli Rabbi.. moga kita terus tsabat dan Istiqamah..

  4. ssmutiara119
    August 18, 2011 at 12:35 pm

    subhanallah..enta dikurniakan keluarga yg begitu prihatin ttg palestin semoga dapat jadi iktibar kpd mujtama3..Allah2..qudwah yg cukup baik!! terbaik la abg mus3ab..smoga kalian sentiasa dlm pemeliharaannya…dan sampaikan salam ana kpd ikhwah2 di palestin..rindu tuk bertemu mereka..inshallah satu hari nanti !

    • August 18, 2011 at 5:24 pm

      Jazakillah ukhti … sama2 kita tanam rasa tanggungjawab terhadap saudara kita di sana..

  5. Bidadari_besi
    August 23, 2011 at 10:22 pm

    assalamualaikum akhie…

    alhamdulillah…ana ikuti perkembangan kalian sekeluarga, jarang sekali menemui keluarga pejuang seperti ini. cita2 ana juga tinggi seperti ini, tetap berdoa semoga suatu masa nnt ana juga mampu jejakkn kaki disana…

    mohon share artikel penulisan, ada nilai tersendiri disebaliknya..utk menyedarkan anak bangsa yg masih belum sedar akan peranan setiap dari mereka…wassalam..

  6. addhaif2
    January 25, 2012 at 9:55 am

    BismiLLAHi Rahmani Rahim.

    SubhanaALLAH.., terharu ana baca entri ni, mantap dan tulus dari hati, ana kagum dan takjub dengan keluarga nta, keluarga pejuang.! semuanya bersemangat, HEBAT-HEBAT, terutamanya abang nta, Mus`ab Muzahar.

    “Hebat gile nta ni..! Kemana tumpah kuah kalau tidak ke nasi kan..?”

    Akhi.,
    ana betul-betul kagum., nta ada keluarga yang memberi sokongan, ada ibubapa yang meniupkan semangat dan menembakkan doa mereka buat anak-anaknya, dan memberi semangat, tiada yang lebih kuat dari dorongan dari ibubapa. Didalamnya juga ada pemuda-pemudi yang kental dan sedia berkorban. SubhanaALLAH.. semoga memberkati antum semua dan membantu antum dalam perjuangan, aminn.

    ~Naqiuddin AnsaruLLAH~
    .:: thumbs up akhi, kalah ana dengan penulisan nta ^^ ::.

  7. January 30, 2012 at 9:47 pm

    Allah2, akhil habib… ana tak sehebat itu.. Hadza min fadhli Rabbi.
    Bersyukur atas segala nikmat, dibesarkan dalam keluarga yang Islamik.

    tapi sudah tentu setiap nikmat akan dipersoalkan kelak kan? jadi doakan ana semoga nikmat2 ini dapat ana gunakan sebaiknya untuk Islam..

    #kalah? banyak lagi ana perlu belajar anta akhi ^^

  1. No trackbacks yet.

Leave a comment