Home > pengalaman > Macam Mimpi !

Macam Mimpi !

29 Januari 2012, Ahad adalah hari yang tak akan ku lupakan. kenapa? kerana berlaku peristiwa yang sangat menarik ๐Ÿ™‚

Dalam pukul 11 pagi, aku dan rombongan Ikhwah dari Jordan bergerak menuju ke Ma’rodh Kutub (pesta buku) yang menjadi acara tahunan di Mesir.. satu stadium dipenuhi dengan kitab2 dari pelbagai syarikat dan negara. Ini kali pertama aku ke pesta buku di Mesir memandangkan tahun lepas acara ini dibatalkan akibat thaurah (revolusi) yang melanda Mesir.

Aku dan dua Ikhwah Jordan ( Akhi Khubaib dan Hafizullah) pergi ke sarafah (money changer)ย  terlebih dahulu sebab ramai lagi antara mereka yang belum tukar matawang dinar ke junaih. 400.0 genih ++ dalam beg, agak risau. tahan teksi terus ke Ma’rodh Kutub.

Niat datang ke Ma’rodh kali ni sebenarnya sekadarย  tinjau-tinjau mana buku yang nak dibeli (pasal duit tak masuk lagi) selain untuk menemani Ikhwah2 yang datang dari Jordan.

Bersama Rombongan Ikhwah dari Jordan

Bayar segenih (1LE) sorang untuk tiket, pastu masuk. Tergamam(maklumlah first time). punyalah besar dia punya kawasan, penuh dengan khemah2 dari pelbagai syarikat buku..
“assalamualaikum akhi, antum kat ne?”

” wa’alaikumussalam, kitorang kat dewan 4 ni, kat kawasan tanah merah”

” owh ok, nak bagi duit ni “

” ok, jumpa kat situlah”

lepas bagi2 duit, mula berjalan-jalan , mata melilau2 mencari buku-buku yang tersenarai dalam minda.. kalau tengok buku2 ni rasa semangat je.ย  Time ni, berjalan dengan beberapa ikhwah; Hafizuddin, Nu’man, Haikal dan beberapa Ikhwah lain..

~**.**~

Tak lama lepas tu aku berpecah..ย  jalan ke depan sikit, masuk satu laluan.. masa tu laluan tu lengang je, orang tak berapa ramai.. Tiba-tiba nampak seorang pak cik arab ni, duduk kat meja kaunter bayaran, berjubah gelap dengan khirqah di kepalanya membelakangi aku.. Aku berjalan perlahan-lahan melintasi pak cik Arab tersebut, sekilas memandang wajahnya. aku berhenti.

Eh, muka macam familiar, siapa ya? detik hatiku..

Aku memerah otak, cuba mengingat siapa ‘pak cik Arab’ย  tu. mataku menangkap nama booth tersebut. tertera ‘Maktabah Wahbah‘. Syeikh Wahbah Zuhaili? eh, ye ke?

Sambil2 fikir, aku ke arah sahabat2 aku di belakang tadi. aku ajak mereka datang tengok.

Syeikh Wahbah Zuhaili

” Eh, antum nak tengok Syeikh tak?”

” Syeikh? Syeikh mana? “

” Jom la Ikhwah kita tengok, ana pun keliru Syeikh mana, Syeikh Wahbah Zuhaili kot”

sampai ke Maktabah Wahbah, nampak dua tiga orang merapati syeikh tersebut. yang sorang tu sedang merakam menggunakan videocam. Aku lihat sekali lagi muka syeikh. Eh, ni bukan Syeikh Wahbah Zuhaili ni, ni Syeikh Yusuf Al Qardhawi!

Err…tapi, biar betul? (masih tak percaya, hoho)

Syeikh Yusuf Al Qardhawi

Ana mula bertanya pelanggan arab di situ. Tanya sorang, jawapannya Syeikh Yusuf Al Qardhawi. Tanye sorang lagi, jawapannya sama, memang sah, yang ada di depan aku sekarang ni ialah Syeikh Yusuf Al Qardhawi! Subhanallah! Aku menghampiri beliau, bersalam, cium tangannya.. ” Barakallah Yaa Syeikh!

Aku macam bermimpi, ‘pak cik Arab’ yang aku temui awal tadi rupa-rupanya ULAMA’ nombor satu dunia, Syeikh Yusuf Al Qardhawi! kenapa aku susah nak percaya walaupun dah bertanya kepada pelanggan arab tadi? sebab mula2 aku temui beliau SEORANG DIRI! TANPA PENGIRING atau LIPUTAN MEDIA! Subhanallah, nampak zuhudnya Syeikh alim ini. kelihatannya seperti orang2 biasa…

begitulah kebanyakan orang Alim, hidupnya jelas dengan matlamat, tak mengharapkan kepada belaian dunia, tak mendambakan layanan manusia

Bergambar dengan Syeikh Yusuf Al Qardhawi bersama sahabat seperjuangan, M. Irfan Bahrin

 

Tandatangan Syeikh pada buku sahabatku

Antara nasihat Syeikh ketika itu..

Assalamualaikum, Nasihatku kepada kamu semua

1- Tanamkanlah sikap saling bantu-membantu sesamu saudaramu.
2- Dan tuntutlah ilmu dengan ikhlas kemudian pulanglah kenegara kamu dan berkhidmatlah untuk saudara-saudaramu di negaramu.
3- Sentiasa mengingati Allah dalam setiap pekerjaan dan perbuatanmu dalam seharian

 

* Sama-sama kita mengambil manfaat daripada hasil2 penulisan beliau dan mengamalkannya.. setakat mengkagumi sahaja tidak mencukupi.

Advertisements
Categories: pengalaman
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: