Home > Tadabbur, Tazkirah > Dakwah di waktu free?

Dakwah di waktu free?

Image

kadang-kadang ujian yang datang memberatkan diri kita untuk terus melaju

“Assalamualaikum akhi”

“waalaikumussalam..”

“Akhi,  ana nak bagitau ni, malam ni kita ada mabit di Bayt Rantisi, nanti kat sana kita bincang qadhaya skali.. ”

“Eh, ye ke.. Kenapa bagitau lewat sangat?”

“Mintak maaf la maklum lambat, ana pun baru dapat tahu dari naqib ni :)”

“owh, ok2.. Syukran”

“Ok akhi, jumpa kat sana nanti, Assalamualaikum”

“er.. Insya Allah, Waalaikumussalam”

Mursi terdiam, keluhan kecil dikeluarkan..

Dia baru sahaja sampai kerumah, hampir separuh hari dia berada di luar, selepas habis kuliah tadi dia ke Jawazat(pejabat imigresen) beratur panjang membuat urusan visanya yang telah tamat tempoh, time balik pula terpaksa berdiri dalam bas sambil berhimpit dengan abang-abang Mesir yang sasa-sasa dengan bermacam-macam bauan ni.. Ditambah pula sekarang ni musim panas, berganda-gandalah kepenatan yang dirasainya..rasa nak pitam! tiba-tiba baru sahaja nak ‘landing’ berehat, dapat pula panggilan dari Syafiq bagitau malam ni ada mabit..

“Lewat betul bagitau, Bayt Rantisi tu pula bukannya dekat, ditambah dengan jem lagi.. Aduh..” Mursi merungut..

___________________________________________________________________________________

Pernah anda alami situasi ini? Situasi di mana anda merasa amat berat untuk memenuhi keperluan dakwah dan tarbiyah atas sebab yang bermacam-macam yang hakikatnya memang itulah yang sedang anda alami, bukan tipu-tipu, bukan sengaja mencipta alasan..

Mungkin disebabkan penat yang teramat akibat urusan yang bukannya sedikit , atau mungkin disebabkan kondisi kesihatan kita yang kurang baik atau kita yang kadang-kadang menghadapi kekangan wang  atau pelbagai lagi  bentuk ujian yang kita terima yang membuatkan diri kita ini rasa amat berat untuk bergerak/memenuhi kewajipan sebagai duat..

Dan akhirnya kita merungut dan membuat keputusan untuk menguzurkan diri dari tugasan tersebut…

Tanpa sekelumit rasa bersalah kerana kita yakin bahawa kita ada alasan yang kukuh!

“ala.. Kalau tak ada masalah confirm ana dah gerak punye..”

Pernahkah?

KISAH SEORANG ANAK DENGAN AYAHNYA YANG TUA

Telah diriwayatkan satu kisah dalam sirah, ada suatu ketika datanglah seruan kepada kaum Muslimin untuk ke medan jihad, semua orang bersiap sedia termasuklah seorang pemuda dan ayahnya yang sudah tua dan uzur. Si anak yang melihat ayahnya turut bersiap untuk berperang menegur.

” Ayah, ayah tak payah pergi berperang la, kan ayah dah tua.. Lagipun ayah bukannya sihat sangat, biarlah kami anak-anak ayah yang muda dan sihat wal afiat ni pergi berperang.. Ayah duk rumah ye”

Si ayah yang mendengar teguran daripada anaknya itu dengan tegas menjawab:

“Anakku, kamu dah lupa ke firman Allah ……..?

Si Ayah membaca satu ayat dari firman Allah kepada anaknya sehingga membuatkan anaknya itu terdiam, tak dapat kata apa-apa melainkan membenarkan hasrat ayahnya untuk turut berjuang..

Ayat apa yang si ayah bacakan?

BERANGKAT DALAM DUA KEADAAN

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui” At Taubah : 41

Inilah firman Allah yang diimani yang dibacakan oleh si pak cik tua dan uzur tersebut kepada anaknya apabila beliau ditegah  daripada menyertai perang.. terpasak teguh dihati beliau.

Suruhan Allah ini sangat jelas,

Kita harus bergerak  dalam keadaan kita merasa ringan, iaitu ketika kita punya semua kemudahan, seperti dikurniakan waktu lapang, batang tubuh yang sihat, sumber kewangan yang mencukupi, tidak pula dihimpit dengan masalah-masalah duniawi.

Juga

Dalam keadaan kita merasa payah dan berat, iaitu semua benda yang menyusahkan urusan kita seperti sakit, tua, tak de duit dan didatangi pelbagai masalah yang menyerabutkan fikiran.

Bermakna apa? Kita  tiada lagi alasan untuk tidak bergerak dalam apa jua keadaan!

MUHASABAH PENGLIBATAN KITA

Baru-baru ni dalam usrah, sempat tadabbur ayat 41 daripada surah At Taubah ini bersama adik-adik , masing-masing merenung dan menghitung kembali. Sejak masing-masing ‘declare’ diri terlibat dalam dunia DnT ini, adakah kita hanya bergerak di kala kita lapang dan senang, hanya memenuhi keperluan dakwah ketika tiada masalah dan ujian yang mendatang, sebaliknya memberikan seribu satu alasan ketika Allah datangkan SEDIKIT ujian..  Ya, hanya sedikit ujian! – sungguh terasa malu!

” kadang2 benda yang bukan masalah pun kita jadikannya masalah, benda yang ringan pun kita berat-beratkan! Alangkah lemahnya kita berbanding pejuang-pejuang yang ikhlas, tegar di medan!”

Allah… terasa diri ini masih bermain-main di jalan ini, masih culas dalam menggalas tanggungjawab, rasa teruknya diri bila menjadikan DnT seakan-akan hobi di waktu lapang , bila datang sahaja kesibukan lain secara tidak sedar terus kita meletakkan kedudukannya di tempat kedua.

“dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”

Sesungguhnya dakwah ini tak pernah memerlukan kita, Allah langsung tidak mendapat  sebarang mudharat tanpa kudrat kita! tapi kitalah hamba yang hina, berkejar-kejar mendambakan secebis perhatian daripada Allah dengan menjadi hamba yang berguna, dengan harapan Allah tidak menggantikan kita dengan golongan lain yang mungkin lebih baik daripada kita.

“Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Nya sedikit pun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”

Advertisements
Categories: Tadabbur, Tazkirah
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: