Archive

Archive for the ‘Fikrah’ Category

Perkongsian Q&A: Sesi Bersama Syeikh Dr Mahmoud Ezzat

January 30, 2012 Leave a comment

Kita ketahui bahawa, perubahan2 yg bersifat mendadak, ia tidak akan kekal lama..perubahan yg berlaku itu, perubahan yg kekal, yang berasaskan kepada langkah2 perlahan tapi berterusan..membina ruh jihad dalam diri ummah, dengan begitu lama..apa yg diinginkan oleh Asy Syahid Imam Hassan Al Banna, beliau berkata, bukan setakat mencapai matlamat, tapi membersihkan penyakit2 lama, yg berkarat dalam diri ummah ini”

1. ISHAB menghadapi berbagai pemuda di zamannya,..boleh ceritakan pemuda yang pelbagai latar belakang ini? Bagaimana ISHAB satukan pemuda2 ini?

ISHAB menggunakan pendekatan agama itu besar, cita2 agama itu besar…dan meletakkan cita2 agama yg begitu besar itu begitu jelas di hadapan mereka, iaitu kebebasan, kekuasaan…dan jauhkan diri dari perkara2 khilaf, perkara furu’, perkara2 fikah…ini dapat mengelakkan beliau dari masaalah terhadap keperlabaigan latarbelakang..dengan cita2 agama yg besar ini, semua orang jelas dan sepakat dengan cita2 besar ini…untuk bersatu dalam perkara furu dalam agama adalah sesuatu yg mustahil…beliau tidak meletakkan diri beliau di kandang itu…

Read more…

Categories: Fikrah

Ilmu dan Fikrah

December 7, 2011 Leave a comment

Bismillahirrahmaanirrahim..

Moga-moga Allah meredhai diri kita, dalam kesibukan menempuh hari-hari sebagai hambanya..

Ketahuilah bahawa taklifan-taklifan di dunia realiti itu semakin hari semakin memberat, peningkatan umur kita sejajar dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang terpaksa dibawa bersama. Tidak perlu diminta, tanggungjawab itu akan datang dengan sendirinya…kerna itulah tugas kita sebagai khalifah di dunia. ‘terpulang’ kepada kita sama ada ingin melaksanakannya atau tidak, tapi ingat, semua ini akan disoal Allah kelak.

– manusia itu dicipta dengan tanggungjawab ,awas sekiranya anda rasa terlalu selesa tanpa tanggungjawab –

“apakah kamu mengira bahawa kami menciptakan kamu sia-sia(tanpa tujuan)? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?” – Al Mukminun : 115

~**.**~

Untuk kali ini, ana ingin kongsikan hasil penulisan seorang insan yang ana kenali hebat dalam arena dakwah, merantau ke pelbagai negara, berusaha untuk memasak (pasak) kefahaman dalam setiap jiwa-jiwa muda yang ‘obses’ untuk melihat  Islam kembali mendapat haqnya..

dan perkongsian kali ini, ana tujukan buat diri ana dan sahabat-sahabat yang sedang berlumba-lumba, ghairah mencari Ilmu.

~**.**~ Read more…

Categories: Fikrah

Wabak sepanjang jalan

July 12, 2011 Leave a comment

perjalanan kita masih panjang.. berwaspadalah terhadap duri2 yang menghalang

Penyakit Futur

Futur mengandungi dua makna iaitu :

a.    Putus setelah bersambung, atau tenang setelah bergerak.
b.    Malas, lambat, perlahan, setelah rajin dan bersungguh.

Menurut istilah : Futur ialah suatu penyakit yang dapat menimpa sebahagian aktivis, bahkan menimpa mereka secara praktikal (perbuatan). Tingkatannya yang paling rendah berupa kemalasan, menunda-nunda atau berlambat-lambat. Kemuncaknya ialah terputus atau berhenti sama sekali sebelumnya rajin dan terus bergerak.

Allah SWT berfirman mengenai malaikat “Dan (ingatlah) Segala Yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat Yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih. Mereka beribadat malam dan siang, Dengan tidak berhenti-henti.” – (Al-Anbiya’ : 19-20) Read more…

Categories: Fikrah

Pandangan Syeikh Yusuf Al Qardhawi terhadap IM

June 28, 2011 Leave a comment

*aku sedang mencari-cari buku ini...

ini adalah pandangan Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi secara peribadi, tentang pengalaman beliau selama beliau terlibat dengan dakwah Ikhwanul Muslimin selama ni. renung-renungkan, ambil iktibar dan amalkan..

setelah 5 tahun aku bersama Ikhwan, aku ingin menyuarakan pandanganku. waktu itu aku berfikir dan menilai perjalanan hidupku bersama Ikhwan. aku bertanya kepada diri ku sendiri, apakah dengan masuknya aku ke dalam Jemaah Ikhwanul Muslimin telah membawa kebaikan pada agama dan duniaku? sejauh mana aku memperoleh manfaat dari dakwah ini?” Read more…

Categories: Fikrah
%d bloggers like this: