Archive

Archive for the ‘pengalaman’ Category

Macam Mimpi !

January 30, 2012 Leave a comment

29 Januari 2012, Ahad adalah hari yang tak akan ku lupakan. kenapa? kerana berlaku peristiwa yang sangat menarik 🙂

Dalam pukul 11 pagi, aku dan rombongan Ikhwah dari Jordan bergerak menuju ke Ma’rodh Kutub (pesta buku) yang menjadi acara tahunan di Mesir.. satu stadium dipenuhi dengan kitab2 dari pelbagai syarikat dan negara. Ini kali pertama aku ke pesta buku di Mesir memandangkan tahun lepas acara ini dibatalkan akibat thaurah (revolusi) yang melanda Mesir.

Aku dan dua Ikhwah Jordan ( Akhi Khubaib dan Hafizullah) pergi ke sarafah (money changer)  terlebih dahulu sebab ramai lagi antara mereka yang belum tukar matawang dinar ke junaih. 400.0 genih ++ dalam beg, agak risau. tahan teksi terus ke Ma’rodh Kutub.

Niat datang ke Ma’rodh kali ni sebenarnya sekadar  tinjau-tinjau mana buku yang nak dibeli (pasal duit tak masuk lagi) selain untuk menemani Ikhwah2 yang datang dari Jordan.

Bersama Rombongan Ikhwah dari Jordan

Read more…

Advertisements
Categories: pengalaman

Selamat Berjuang!

August 18, 2011 11 comments

Bismillah,

Entri kali ini khas aku tujukan buat abangku yang bakal berangkat ke bumi penuh barakah, Gaza, Palestin pada 20 Ramadhan nanti dan juga bersempena hari kelahirannya pada hari ini.

~**.**~

kadang-kadang bila difikirkan balik, aku tersenyum seorang diri… terdetik dalam hati

akhirnya… dapat juga kau jejakkan bumi impian kau tu..”

#Imbas 1

kalau tak silap, abangku mula berjinak-jinak mengumpul dan mengambil tahu mengenai isu Palestin dan bumi2 Islam yang mengalami penderitaan sejak beliau mula masuk ke SMAP Labu.. (tingkatan satu hingga tiga)..

suatu ketika tu dia balik bercuti, dia tunjukkan kepada aku ‘buku log’ kepunyaannya… dalam buku tu penuh ditampalnya keratan2 akhbar dan majalah mengenai suasana2 peperangan bumi2 umat Islam terutamanya bumi Palestin… Read more…

Categories: pengalaman

Berterus terangkah KITA..?

June 16, 2011 1 comment

… sampai sekarang aku masih rasa bersalah kepada dia..”

Inilah yang sentiasa bermain2 di kepalaku setiap kali aku terbayang wajah seorang akh ini..

kalaulah dahulu aku tak menangguh-nangguh untuk berterus terang memberi teguran, ah, mungkin dia tak akan jadi macam ni atau mungkin juga aku tak akan rasa  bersalah sampai begini..

Akhi, hidayah itu kan di tangan Allah.. tak payahla anta nak rasa bersalah sangat..”

Ya, aku tahu hidayah tu di tangan Allah.. tapi masalahnya aku langsung tak berusaha untuk berjumpa dengannya ‘face to face’ ,tegur kesalahannya awal-awal.. yang aku buat, ‘sekadar’ bincang dengan ikhwah masalah ini tanpa disusuli tindakan… menangguh-nangguh…

kenapa menangguh?

# ala… dia kan ikhwah.. nanti-nanti dia fahamlah…jangan risaulah..’

# ana seganla akhi…kadang-kadang ana buat salah jugak”

# “rilekslah akhi…dia kan masih ada dalam bi’ah kita” Read more…

Categories: pengalaman
%d bloggers like this: