Dakwah di waktu free?

June 24, 2012 Leave a comment
Image

kadang-kadang ujian yang datang memberatkan diri kita untuk terus melaju

“Assalamualaikum akhi”

“waalaikumussalam..”

“Akhi,  ana nak bagitau ni, malam ni kita ada mabit di Bayt Rantisi, nanti kat sana kita bincang qadhaya skali.. ”

“Eh, ye ke.. Kenapa bagitau lewat sangat?”

“Mintak maaf la maklum lambat, ana pun baru dapat tahu dari naqib ni :)”

“owh, ok2.. Syukran”

“Ok akhi, jumpa kat sana nanti, Assalamualaikum”

“er.. Insya Allah, Waalaikumussalam”

Mursi terdiam, keluhan kecil dikeluarkan..

Read more…

Categories: Tadabbur, Tazkirah

Perkongsian Q&A: Sesi Bersama Syeikh Dr Mahmoud Ezzat

January 30, 2012 Leave a comment

Kita ketahui bahawa, perubahan2 yg bersifat mendadak, ia tidak akan kekal lama..perubahan yg berlaku itu, perubahan yg kekal, yang berasaskan kepada langkah2 perlahan tapi berterusan..membina ruh jihad dalam diri ummah, dengan begitu lama..apa yg diinginkan oleh Asy Syahid Imam Hassan Al Banna, beliau berkata, bukan setakat mencapai matlamat, tapi membersihkan penyakit2 lama, yg berkarat dalam diri ummah ini”

1. ISHAB menghadapi berbagai pemuda di zamannya,..boleh ceritakan pemuda yang pelbagai latar belakang ini? Bagaimana ISHAB satukan pemuda2 ini?

ISHAB menggunakan pendekatan agama itu besar, cita2 agama itu besar…dan meletakkan cita2 agama yg begitu besar itu begitu jelas di hadapan mereka, iaitu kebebasan, kekuasaan…dan jauhkan diri dari perkara2 khilaf, perkara furu’, perkara2 fikah…ini dapat mengelakkan beliau dari masaalah terhadap keperlabaigan latarbelakang..dengan cita2 agama yg besar ini, semua orang jelas dan sepakat dengan cita2 besar ini…untuk bersatu dalam perkara furu dalam agama adalah sesuatu yg mustahil…beliau tidak meletakkan diri beliau di kandang itu…

Read more…

Categories: Fikrah

Macam Mimpi !

January 30, 2012 Leave a comment

29 Januari 2012, Ahad adalah hari yang tak akan ku lupakan. kenapa? kerana berlaku peristiwa yang sangat menarik 🙂

Dalam pukul 11 pagi, aku dan rombongan Ikhwah dari Jordan bergerak menuju ke Ma’rodh Kutub (pesta buku) yang menjadi acara tahunan di Mesir.. satu stadium dipenuhi dengan kitab2 dari pelbagai syarikat dan negara. Ini kali pertama aku ke pesta buku di Mesir memandangkan tahun lepas acara ini dibatalkan akibat thaurah (revolusi) yang melanda Mesir.

Aku dan dua Ikhwah Jordan ( Akhi Khubaib dan Hafizullah) pergi ke sarafah (money changer)  terlebih dahulu sebab ramai lagi antara mereka yang belum tukar matawang dinar ke junaih. 400.0 genih ++ dalam beg, agak risau. tahan teksi terus ke Ma’rodh Kutub.

Niat datang ke Ma’rodh kali ni sebenarnya sekadar  tinjau-tinjau mana buku yang nak dibeli (pasal duit tak masuk lagi) selain untuk menemani Ikhwah2 yang datang dari Jordan.

Bersama Rombongan Ikhwah dari Jordan

Read more…

Categories: pengalaman

Ilmu dan Fikrah

December 7, 2011 Leave a comment

Bismillahirrahmaanirrahim..

Moga-moga Allah meredhai diri kita, dalam kesibukan menempuh hari-hari sebagai hambanya..

Ketahuilah bahawa taklifan-taklifan di dunia realiti itu semakin hari semakin memberat, peningkatan umur kita sejajar dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang terpaksa dibawa bersama. Tidak perlu diminta, tanggungjawab itu akan datang dengan sendirinya…kerna itulah tugas kita sebagai khalifah di dunia. ‘terpulang’ kepada kita sama ada ingin melaksanakannya atau tidak, tapi ingat, semua ini akan disoal Allah kelak.

– manusia itu dicipta dengan tanggungjawab ,awas sekiranya anda rasa terlalu selesa tanpa tanggungjawab –

“apakah kamu mengira bahawa kami menciptakan kamu sia-sia(tanpa tujuan)? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?” – Al Mukminun : 115

~**.**~

Untuk kali ini, ana ingin kongsikan hasil penulisan seorang insan yang ana kenali hebat dalam arena dakwah, merantau ke pelbagai negara, berusaha untuk memasak (pasak) kefahaman dalam setiap jiwa-jiwa muda yang ‘obses’ untuk melihat  Islam kembali mendapat haqnya..

dan perkongsian kali ini, ana tujukan buat diri ana dan sahabat-sahabat yang sedang berlumba-lumba, ghairah mencari Ilmu.

~**.**~ Read more…

Categories: Fikrah

Selamat Berjuang!

August 18, 2011 11 comments

Bismillah,

Entri kali ini khas aku tujukan buat abangku yang bakal berangkat ke bumi penuh barakah, Gaza, Palestin pada 20 Ramadhan nanti dan juga bersempena hari kelahirannya pada hari ini.

~**.**~

kadang-kadang bila difikirkan balik, aku tersenyum seorang diri… terdetik dalam hati

akhirnya… dapat juga kau jejakkan bumi impian kau tu..”

#Imbas 1

kalau tak silap, abangku mula berjinak-jinak mengumpul dan mengambil tahu mengenai isu Palestin dan bumi2 Islam yang mengalami penderitaan sejak beliau mula masuk ke SMAP Labu.. (tingkatan satu hingga tiga)..

suatu ketika tu dia balik bercuti, dia tunjukkan kepada aku ‘buku log’ kepunyaannya… dalam buku tu penuh ditampalnya keratan2 akhbar dan majalah mengenai suasana2 peperangan bumi2 umat Islam terutamanya bumi Palestin… Read more…

Categories: pengalaman

Wabak sepanjang jalan

July 12, 2011 Leave a comment

perjalanan kita masih panjang.. berwaspadalah terhadap duri2 yang menghalang

Penyakit Futur

Futur mengandungi dua makna iaitu :

a.    Putus setelah bersambung, atau tenang setelah bergerak.
b.    Malas, lambat, perlahan, setelah rajin dan bersungguh.

Menurut istilah : Futur ialah suatu penyakit yang dapat menimpa sebahagian aktivis, bahkan menimpa mereka secara praktikal (perbuatan). Tingkatannya yang paling rendah berupa kemalasan, menunda-nunda atau berlambat-lambat. Kemuncaknya ialah terputus atau berhenti sama sekali sebelumnya rajin dan terus bergerak.

Allah SWT berfirman mengenai malaikat “Dan (ingatlah) Segala Yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat Yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih. Mereka beribadat malam dan siang, Dengan tidak berhenti-henti.” – (Al-Anbiya’ : 19-20) Read more…

Categories: Fikrah

Apa cita-cita kamu?

July 5, 2011 1 comment

Pagi itu seperti biasa, Ustaz Idris masuk ke kelas 4 Imam Nasa’ie bagi mengajarkan madah Aqidah. Beliau memberi salam lantas mengambil tempat duduknya..

Semua pelajar berdiri tegak memberi hormat dan menjawab salam penuh semangat. Pagi yang segar itu kelihatan lebih bertenaga dengan kehadiran Murabbi yang disegani mereka itu. Ustaz yang dinobatkan sebagai ‘guru mithali’ selama 3 tahun berturut-turut itu sentiasa mengajukan soalan – soalan yang menyentak fikiran pelajarnya untuk sentiasa berfikir diluar kotak.. hal ini menjadikan suasana kelas – kelas yang diajarnya sentiasa hangat dengan pandangan dan hujah. Read more…

Categories: Tazkirah

Pandangan Syeikh Yusuf Al Qardhawi terhadap IM

June 28, 2011 Leave a comment

*aku sedang mencari-cari buku ini...

ini adalah pandangan Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi secara peribadi, tentang pengalaman beliau selama beliau terlibat dengan dakwah Ikhwanul Muslimin selama ni. renung-renungkan, ambil iktibar dan amalkan..

setelah 5 tahun aku bersama Ikhwan, aku ingin menyuarakan pandanganku. waktu itu aku berfikir dan menilai perjalanan hidupku bersama Ikhwan. aku bertanya kepada diri ku sendiri, apakah dengan masuknya aku ke dalam Jemaah Ikhwanul Muslimin telah membawa kebaikan pada agama dan duniaku? sejauh mana aku memperoleh manfaat dari dakwah ini?” Read more…

Categories: Fikrah

Hidup = Imtihan

June 24, 2011 Leave a comment

persediaan bagi menghadapi imtihan

Imtihan/ujian/exam adalah perkara yang sangat sinonim dengan para penuntut Ilmu. sebut sahaja exam, budak sekolah rendah pun takut tahu…

Dari mula anda menjejakkan kaki ke dalam dunia pendidikan sehinggalah usia anda sekarang, hidup kita dipenuhi segala macam exam…  dari ujian semasa penentuan kelas semasa sekolah rendah dulu hinggalah ke seterusnya UPSR/I, PMR/I, SPM, STPM, STAM, Sanawi, ujian Semester dll.. penuh-dengan-exam. Read more…

Categories: Tazkirah

kuasa Akhlak

June 18, 2011 1 comment

"buah yang ranum mampu menarik perhatian sesiapa yang pertama kali melihatnya"

 Rasulullah SAW ditanya “Apakah al-Din itu?  Lalu baginda menjawab al-Din ialah akhlak yang baik”.  Dan sabdanya lagi yang bermaksud “Sebaik-baik iman orang mukmin itu ialah yang paling tinggi akhlaknya”

Ketokohan Rasulullah bukan sahaja dikagumi oleh umat Islam.Bahkan,baginda juga menjadi inspirasi,contoh dan kajian tokoh-tokoh Cendekiawan Barat dan juga tokoh agama yang lain.Berikut, ana senaraikan pandangan tokoh-tokoh bukan Islam terhadap Nabi Muhammad bin Abdullah SAW.

1) Mahatma Gandhi (Komen mengenai karakter Nabi Muhammad SAW di YOUNG INDIA )

“Pernah saya tertanya-tanya siapakah tokoh yang paling mempengaruhi manusia.Saya lebih dari yakin bahawa bukan pedanglah yang memberikan kebesaran pada Islam pada masanya. Tapi ia datang dari kesederhanaan, kebersahajaan, keberhati-hatian Muhammad; serta pengabdian luar biasa kepada teman dan pengikutnya, tekadnya, keberaniannya, serta keyakinannya pada Tuhan dan tugasnya. Semua ini (dan bukan pedang ) menyingkirkan segala halangan. Ketika saya menutup halaman terakhir volume 2 (biografi Muhammad), saya sedih karena tiada lagi cerita yang tersisa dari hidupnya yang agung.” Read more…

Categories: fakta